tips membeli fabric secara online..

Membeli-belah dalam talian boleh menjimatkan masa, Wang, dan perjalanan ke pusat membeli-belah, akan tetapi membeli belah dalam talian secarah melulu atau tanpa berfikir akhirnya boleh menyebabkan anda pening kepala. Oleh itu saya kongsikan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat pembelian dalam talian, terutama pembelian kain pasang online
  1. Mulakan sedikit penyelidikan supaya anda mempunyai corak dan jenis fabric yang anda mahukan. Ambil lah masa bertanya dengan kawan atau tailor anda jenis kain yang selesa dan berqualiti Walaupun ia mengambil sedikit masa namun akhirnya nati anda tidak menyesal dengan pilihan anda
  2. Perkara terbesar yang anda terlepas apabila membeli-belah dalam talian adalah peluang untuk menyentuh kain dan merasa sifat seperti tekstur dan ketebalan kain. Selain itu, warna-warna sering kelihatan berbeza pada skrin komputer dengan warna sebenar,Jika pembelian adalah untuk dijual semula ada baiknya sekiranya anda meminta untuk membeli sampel dahulu atau paling tidak cuba membeli sepasang dua dahulu untuk melihat quality kain tersebut kerana gambar dalam talian tidak sentiasa memberi warna yang asal.Banyak kedai-kedai trutama kilang2 kain menghantar beberapa sampel sama ada secara percuma atau bayaran kecil, ada baiknya minta lah sample tersebut dahulu
  3. Sebelum membuat peasanan, jangan lupa untuk memeriksa lebar kain untuk memastikan anda membeli kain yang cukup untuk keperluan anda, bertanyalah kepada jurujual berapa kuantiti kain yang cukup untuk keperluan anda ketika itu
  4. semak pilihan penghantaran samada kos penghantaran percuma atau berbayar. proses penghantaran juga perlu diketahui, perkhidmatan kurier yang mana mereka gunakan untuk penghantaran dan beberapa lama anda boleh menerima fabric tersebut selepas pembayaran selesai
  5. mencari blogger yang sering bercakap tentang pilihan kedai kain offline atau online yang terbaik, yang menjual fabric berkualiti kerana ia sentiasa mempunyai cadangan yang hebat sebelum membeli.
ok semua semoga tips ini memberi maafaat kepada kita semua…..
Share on Google Plus

About lulumatzam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 rakan berkata :

Post a Comment