TIPS PENJAGAAN FABRIC DULL SATIN

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Assalamu’alaikum Wr. WB)

Dull Satin adalah kain yang tidak terlalu berkilat atau lebih tepat lagi nampak kusam. Ia boleh diperbuat daripada Sutera (silk) atau lain-lain jenis gentian (fiber). Satin adalah salah satu fabric yang nampak mahal dan cantik serta boleh digayakan di pelbagai jenis majlis, oleh itu Bagi mengekalkan qualiti fabrik agar tahan lama dan kekal nampak eksklusif adalah
  1. berhati-hati apabila anda membersihkannya kerana Satin adalah fabrik yang halus dan lembut.
  2. Menggunakan cucian tangan adalah amat digalakkan untuk memastikan tahap qualiti material satin itu bertahan lama, jika anda mahu menggunakan mesin basuh, Pilihlah kitaran halus (delicate cycle) dan tidak perlu mengunakan pengering
  3. memadai jika menyidai fabric satin di dalam rumah dengan udara yang kering dan tidak perlu menjemur dibawah pancaran cahaya matahari
  4. Membersihkan kotoran serta-merta supaya tidak menjadi kekal, membasuh dengan sabun lembut pada bahagian yang terkena kekotoran. Jika ia adalah kesan darah, rendam pakaian di dalam air sejuk sebelum anda menggunakan sabun pencuci. Elakkan menggunakan sabun cuci yang mengandungi peluntur.
  5. Proses menseterika pakaian satin adalah sangat mudah dan cepat, sudah memadai dengan menggunakan suhu yang rendah
  6. Simpan pakaian anda di tempat yang sejuk, jauh dari sumber haba dan cahaya matahari, pendedahan pada cahaya matahari secara terus boleh merosakkan rupa dan akan mengurangkan kualiti pakaian satin tu sendiri.
ok itu sahaja, selamat mencuba…..
11208695_1574309209509870_726154526_n 11251439_1574309186176539_552423006_n 11251540_1574309169509874_1387279653_n 11251608_1574309196176538_2115269619_n 11257603_1574309206176537_1789586677_n 11258987_1574309189509872_1846647871_n
Share on Google Plus

About lulumatzam

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 rakan berkata :

Post a Comment